Wednesday, February 24, 2010

beza antara negara muslim dan negara islam

beza antara negara muslim dan negara islam

negara muslim adalah negara yang majoriti rakyatnya beragama islam. negara ini tidak menggunakan hukum islam sebagai hukum negara bahkan menggunakan hukum internasional, walaupun dalam hal-hal tertentu yang menggunakan hukum islam.

negara islam pula adalah negara yang mempraktikkan semua urusan dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, seperti yang di praktikkan oleh nabi Muhammad SAW dan khalifah-khalifahnya.hukum yang digunakan pula haruslah hukum islam bukan hukum internasional

negara indonesia adalah negara muslim yang mana 90% dari rakyatnya adalah islam, namun hukum yang digunakan adalah bukan hukum Islam walaupun terdapat badan-badan yang menguruskan orang islam, dan ada undang-undang yang mengatur urusan orang islam di negara itu, melainkan Aceh yang tetap menjalankan hukum islam mengikut rel syariah

bagi negara Malaysia walaupun hukum Islam bukan dijadikan sebagai sumber hukum negara, namun dalam perlembagaan Malaysia ada menyatakan bahawa agama rasmi bagi Malaysia adalah Islam, walaupun pada praktik negaranya tidak mengamalkan seperti yang diamalkan sebuah negara Islam yang betul. malaysia adalah sebuah negara Islam seperti yang tertulis di perlrmbagaan tapi bagi sistem ketatanegaraan malaysia tetpa sebuah negara muslim selagi tidak menjalankan hukum Islam. Seperti arab saudi merupakan sebuah negara Islam kerana mempraktikkan segala urusan baik dari ligeslatif dan yudikatif, hukum Islam dijalankan dengan sepatutnya.

0 comments:

Post a Comment